Jumat, 01 Juni 2012

~Dalam Melakar Sebuah Diari~

Sebutir Kasih Sejuta Sayang

oleh Sebutir Kasih Sejuta Sayang 25 Desember 2010

Dalam melakar sebuah diari...
pelbagai kisah hidup aku ceritakan...
pelbagai perasaan hati aku luahkan...
pelbagai permintaan aku kemukakan..
namun ku tahu, Kau tetap setia mendengar...

Walau aku tidak tahu
sejauh mana diari ini dekat denganMu,
walau aku tidak tahu
sejauh mana diari ini diangkat kepadaMu,
walau aku tidak tahu
sejauh mana dari ini baik pada pandanganMu,
namun ku tahu, Kau tetap setia mendengar...

Ya Rabb,
episod diariku kali ini,
hanya luahan rasa syukur,
syukur yang teramat syukur,
atas segala nikmatMu...

Islam, iman dan perjuangan di jalanMu...
Terima kasih, ya Allah....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar